Friday, October 17, 2014

Tips Memilih Mushaf Al-Quran

Sebagai ummat Islam, kita harus sentiasa berinteraksi dengan Al-Quran. Untuk itu, kita harus selalu dekat dengan Al-Quran, iaitu dengan cara membaca dan mengamalkan budaya hidup yang dianjurkan Al-Quran setiap saat.
Al-Quran merupakan manual atau buku panduan utama bagi umat ISlam dalam menjalani kehidupan seharian. Kunci utama kejayaan umat Islam pastilah hidup berlandaskan ajaran Al-Quran.
Salah satu kunci kejayaan pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah tingginya interaksi masyarakat dengan Al-Quran. Mereka bukan sekadar sentiasa menbaca al-Quran, malah sentiasa mentadabbur ayat-ayat Al-Quran seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.
Berikut merupakan beberapa tips dalam memilih musyaf al-Quran agar musyaf itu dapat sentiasa berada dekat dengan diri kita.
1. Memilih musyaf yang bersaiz kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana - mana
2. Memilih musyaf yang mempunyai tek khat al_quran beserta terjemahan. Ini akan memudahkan kita untuk memahami ayat-ayat Al-Quran.
3. Memilih musyaf yang menggunakan kertas yang agak berkualiti bagi memastikan ia tahan lama.
4. Memilih warna, jenis dan rekabentuk yang kita sukai. ini dapat meningkatkan minat kita untuk terus rajin membaca dan mengamalkan ajaran Al-Quran.
5. Bagi kegunaan kanak-kanak, pilihlah musyaf yang berwarna-warni. ini akan meningkatkan minat kanak-kanak untuk al-Quran
Semoga kita tergolong dalam golongan yang mencintai Al-Quran, membaca Al-Quran, dan mengamalkan ajaran Al-Quran.